KSSR DST TAHUN 2

Standard Prestasi


Dunia Sains Dan Teknologi

Tahun 2

KSSR


Rujukan Standard
Menghuraikan gambaran keseluruhan tentang pertumbuhan pembelajaran murid (tahap pencapaian) berdasarkan pernyataan-pernyataan standard.

Objektif Mata Pelajaran 

Merangsang sifat ingin tahu murid dan mengembangkan minat tentang dunia di sekeliling 
mereka.

Menyediakan peluang untuk murid menguasai kemahiran proses sains dan kemahiran secara 
berfikir kritis dan kreatif.

Meningkatkan daya kreativiti murid.

Memberi kefahaman tentang fakta dan konsep sains.

Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis, kreatif dan 
analitis bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Menyemai sikap saintifik dan nilai murni dan seterusnya membolehkan murid mengamalkannya.

Menyedari keperluan menjaga alam sekitar.