KSSR DST TAHUN 1

Contoh RPH DST

TAJUK

Seronok Bermain Dengan Air

RINGKASAN

Di dalam topik ini murid dapat mengenalpasti konsep tenggelam, timbul dan membuat pengelasan mengikut ciri-ciri bahan.


STANDARD KANDUNGAN


SAINS BAHAN
11.1 Mengaplikasikan konsep timbul dan tenggelam.


STANDARD PEMBELAJARAN

11.1.1 Mengenalpasti objek yang timbul dan tenggelam melalui
            penyasatan.
11.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau
            lisan.


TEMPOH MASA


2 waktu

SUMBER

1.       Akuarium kecil
2.       Duit syiling
3.       Batu
4.       Pemadam
5.       Klip kertas
6.       Plastesin
7.       Pensel
8.       Cawan polisterin
9.       Gabus
10.   Bola ping pong
11.   Botol mineral kosong


AKTIVITI

1.       Set Induksi -
-          Guru memasukkan dua objek ke dalam akuarium yang berisi air.
       S1  Apa yang anda lihat?
       S2  Di manakah kedudukan dua objek tersebut?
  1. Guru menerangkan konsep tenggelam dan timbul.
3.       Murid dibahagikan kepada enam orang dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan bahan dan jadual pengkelasan.
4.       Murid meramalkan dan mengelaskan obkjek yang tenggelam dan timbul.
5.       Guru memberi penerangan tentang aktiviti yang hendak dijalankan.
6.       Murid menjalankan aktiviti dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
7.       Murid mengkelaskan bahan tersebut di dalam jadual pengkelasan yang telah dibekalkan.
8.       Berdasarkan aktiviti, guru menyoal murid hasil dapatan melalui aktiviti yang dijalankan.
9.       Guru mengedarkan lembaran kerja bergambar dan murid diminta menggunting dan menampal gambar berdasarkan pengelasan timbul dan tenggelam.


PENILAIAN

-          Jadual Pengelasan
-          Lembaran kerja 1(Gambar)
-          Lembaran kerja 2 (Latihan)


AKTIVITI PEMULIHAN

-      Murid mengulang semula aktiviti 6 dan merekodkan hasil dapatan dengan bimbingan guru.



AKTIVITI PENGAYAAN


-           Murid diminta menyenaraikan objek lain yang tenggelam dan
         timbul di dalam buku latihan.