KSSR TMK TAHUN 1

Contoh RPH TMK

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN.

Tajuk :-  Bentuk Asas  Bongkah

Ringkasan :- Menggunakan perisian pemprosesan perkataan (MS Word) secara kreatif
                        dalam memanipulasikan teks dan imej untuk menyampaikan idea atau
                        konsep sedia ada.

Standard Kandungan :- 
7.0  Menggunakan TMK untuk mengemukakan idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif.

Standard Pembelajaran :-
7.1  Menggunakan perisian pemprosesan perkataan (MS-Word) secara kreatif dalam memanipulasikan teks dan imej untuk menyampaikan idea atau konsep sedia ada.


Tempoh Masa             :- 2 waktu.

Sumber :-  Komputer, LCD, laptop, lembaran kerja, Modul pembelajaran murid
                   ( Mari meneroka MS Word dalam mata pelajaran Sains )

Aktiviti 1 :-
1.      Guru menggunakan perisian persembahan MS PowerPoint untuk memperkenalkan pelbagai jenis bongkah .
2.      Guru memaparkan pelbagai jenis bentuk bongkah seperti kiub, kuboid, piramid, kon, silinder, sfera.
3.      Guru menyebut nama jenis-jenis bongkah.  Murid mendengar dan mengulang apa yang guru sebutkan..

Aktiviti 2  :-    1. Membuka aplikasi Microsoft MS Words.

Aktiviti 3  :-   Menyisipkan imej.
                        Ikut langkah seperti di bawah :-
1.      Murid menyiapkan gambar yang diambil dari ikon autoshape pada
menu bar.
2.      Murid mengubah suai saiz dan kedudukan imej.
3.      Murid memilih warna dan mewarnakan bongkah-bongkah yang dihasilkan.

Aktiviti 4  :-  Menaip teks.
1.      Murid memilih text box dan menaip nama bongkah-bongkah tersebut.
2.      Murid menyeret text box mengikut saiz yang dikehendaki .
3.      Murid mengubah jenis dan saiz tulisan.

Aktiviti 5 :-  Simpan dokumen.
1.      Murid menyimpan dokumen.

Aktiviti 6  :-  Mencetak.

1.      Murid mencetak dokumen yang telah siap.

Pentaksiran :-
                        Murid menyenaraikan objek-objek yang mempunyai bentuk-bentuk
                        bongkah tersebut.

Aktiviti pemulihan :-  Murid dibimbing oleh guru untuk menyiapkan tugasan mereka.

Aktiviti pengayaan :- Murid menambah animasi dan audio dalam tugasan mereka..