Saturday, 29 October 2011

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Mengandungi :
  • Elemen Kreativiti  dan Inovatif 
  • Elemen Keusahawanan 
  • Elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)





Maksud Merentas Kurikulum
  • Melaksanakan EMK di dalam  semua disiplin ilmu 
  • Mengikut tajuk/topik atau unit yang sesuai

Elemen Kreativiti dan Inovatif
Berdasarkan kepada pelbagai definisi,  kreativiti boleh dijelaskan sebagai:
  • kebolehan individu untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan mencapai sesuatu objektif. 
  • kebolehan individu untuk menggunakan daya imaginasi, idea kreatif dan pemikiran kreatif. 
  •  kebolehan individu untuk menghasilkan idea yang tulen, asli atau baru. 
  •  hasil kreativiti mempunyai nilai, kegunaan atau memenuhi sesuatu keperluan. 



Elemen Keusahawanan

Satu proses dalam membentuk ciri-ciri, sikap, kaedah berfikir dan nilai ke arah menjadi seorang usahawan.   






Elemen TMK

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah teknologi yang digunakan khasnya dalam penggunaan komputer, peralatan komunikasi dan perisian aplikasi untuk memperoleh, memproses, menyimpan, menghantar, mendapatkan semula, menukar dan melindungi maklumat di mana saja dan bila-bila masa.

Pendekatan membudayakan TMK dalam p&p adalah seperti berikut:

  • Belajar Mengenai TMK – pengetahuan dan kemahiran TMK 
  • Belajar Dengan TMK – pengupaya untuk mengajar dan belajar 
  • Belajar Melalui TMK – pencapaian maklumat, ilmu pengetahuan dan penggunaan bahan p&p yang dicapai/akses melalui media TMK